Thursday, March 26, 2009

Petua 8P Ustazah Siti Nurbahyah

0 comments
Siti Nur Bahyah berkata, P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terim! a kasih apabila diberi pertolongan.
Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.
P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.
Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili 'persefahaman' Menurutnya,
P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami is teri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
Beliau berkata, satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.
Katanya, P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia. Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami. Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah. Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadapagama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong. "Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggungjawab terhadap keluarga," katanya. "sampaikanlah pesanan yang bermanfaat walaupun 1 ayat"

Qhaud menenangkan Akim

0 comments

Qhaud adalah pelajar pertama yang bangun pujuk dan menenangkan Akim yang tertekan pada diari 25.3.2009. Akim sememangnya tertekan sejak beliau mula mendapat tugasan lagu untuk persembahan yang akan datang.
Akim yang pernah menajdi backup vokal untuk persembahan lagu perlajar lain tidak dapat menarik pelajar lain untuk
menjadi backup vokal untuk persembahan beliau untuk konsert akan datang ini. Sebagai pelajar yang berlajar dalam kelas yang sama sepatutnya saling bantu membantu antara satu sama lain, tetapi ini tidka berlaku di dalam Af7 kali ini. Pelajar lain seolah-olah selfish / pentingkan diri sendiri buat kata cikgu Shafi. Ini amat memalukan yang sepatutnya perkara seumpama ini tidak berlaku di dalam akademi
kerana ia di tonton oleh seluruh rakyat Malaysia, Singapura dan Brunei.
Cikgu Shafi tanya pasal backup vovals untuk lagu masing-masing. Akim jawab backup vocals dia Isma dan Zizi tetapi mereka masih belum praktis. Cikgu Shafi kata patutnya mereka semua arrange sendiri instead of mengharapkan cikgu yang organize.
Secara tetiba Akim bersuara "Tuarr cikgu... Saya pun dah malas dah nak cakap. Aritu saya tanya sapa nak jadi backup vocals saya, cuma ISMA & ZIZI je yang sudi offer.
Sejurus itu, AKIM bingkas bangun beredar dari kelas, Qhaud juga bangun untuk memujuk Akim yang keluar dari kelas supaya nanti bila masuk kelas pegi minta maaf dgn cikgu Shafi..

Wednesday, March 25, 2009

Doa pembuka dua belas pintu

1 comments
Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Doa ini saya dapat daripada training bersama Dato Hj. Fadzilah Kamsah. Doa ini juga sesuai untuk membuka pintu jodoh katanya. Amin


Mencari Pasangan...Jangan Terlalu Memilih

0 comments
Articles ini diambil dari forwarded email Jodoh_Islam@yahoogroups.com
Ini kisah perjumpaaan dua orang sehabat yang sudah puluhan tahun berpisah. Mereka amat merindui antara satu sama lain, berbual, bersenda sambil minum kopi di sebuah cafe.Awalnya topik yangdibicarakan adalah soal2 nostalgia zaman sekolah dulu, namun pada akhirnya menyangkut kehidupan mereka sekarang ini.
"Mengapa sampai sekarang kamu belum menikah?" ujar seorang kepada temannya yang sampai sekarang masih membujang. "Sejujurnya sampai sekarang ini saya masih terus mencari wanita yang sempurna. Itulah sebabnya saya masih membujang. Dulu waktu saya di Utara, saya berjumpa dengan wanita yang cantik yang amat bijaksana. Saya fikir inilah wanita ideal untuk saya dan sesuai menjadi isteri saya.Namun belakangan selepas itu pada masa berpacaran baru akutahu dia sebenarnya amat sombong. Hubungan kami putus sampai disitu.
Di Ipoh saya ketemu seorang perempuan yang cantik jelita ,ramah dan dermawan. Pada perjumpaan pertama aku begitu takjub dan seronok. Hatiku berdesir kencang, inilah wanita idealku. Namun selepas itu baru saya tahu, ia banyak tingkahlaku yg tak baik dan tidak bertanggung jawab.
Dan ketika aku di JB, aku bertemu wanita yang manis, baik, periang dan pintar. Dia sangat menyenangkan bila diajak berbicara, selalu menyambung perbualan kami dan penuh humor. Tapi terakhir aku ketahui kalau dia dari keluarga yang berantakan yakni berpecahbelah dan selalu menuntut sesuatu yang kita tidak mampu memenuhinya. Akhirnya kami berpisah.
Saya terus mencari, namun selalu mendapatkan kekurangan dan kelemahan pada wanita yang saya temui. Sampai pada suatu hari, saya bersua dengan wanita ideal yang saya dambakan selama ini. Ia begitu cantik, pintar, baik hati, dermawan dan penuh humor.. Dia juga sangat perhatian dan sayang kepada orang lain. Saya fikir inilah pendamping hidup saya yang dikirim oleh Tuhan untuk saya".
"Lantas", sergah temannya yang dari tadi tekun mendengarkan "Apa yang terjadi? Mengapa kamu tidak terus meminangnya? ".
Yang ditanya diam sejenak dan akhirnya dengan suara perlahan si bujang itu menjawab, "Baru sekarang aku mengetahui bahawa ia juga sedang mencari lelaki yang sempurna".
Kesimpulan : Sudah diketahui maksud daripada cerita itu ? .... Nobody's perfect. Jadi jangan menyia-nyiakan apa yang sudah ada di hadapan kita ,belum tentu nanti kita mendapatkan yang lebih baik dari yang kita ada sekarang. Kalau kita mau mencari yang sempurna, check dulu diri kita sendiri, apakah sudah sempurna di hadapan orang lain.

Pengenalan

1 comments
Akhirnya terbina juga rumah untuk jodoh_islam ini. Di harap kita semua dapat manfaat dari jodoh islam ini samaada ilmu, menolong mendirikan masjid dan sebagainya.

Saya juga akan meletakkan articles yang di berguna dari forwarded email kawan-kawan di dalam JI email. Disini saya meminta kebenaran dan sekiranya ada articles yang saya letak di sini tidak dapat dipersetujui oleh sesiapa sila maklum.

Dari masa ke semasa saya akan update rumah / blog ini, sekiranya ada pendapat dan pandangan silalah utarakan.
 

Labels

Jodoh Islam Copyright 2008 Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez and Azliza